Halaman

15 Ogos, 2012

SALAM AIDILFITRI

Kepada semua kengkawan yang melayari blog saya, saya ucapkan jutaan terima kasih walaupun dah lama saya tak update. sebenarnya gambar2 yang dipaparkan dalam blog saya merupakan suku daripada  ayam sabung yang ada di reban baka baek. Kepada rakan2 yang dah sampai kat reban saya, biasa akan tertanya2 sebab banyak ayam tak dipaparkan. Kepada yang datang beli, saya ucapkan terimma kasih, bukan nak jual sangat sebab saya pon main sendiri tetapi pada masa yang sama saya dapat kumpul kawan2 baru.

Untuk Ogos 2012, saya sedang proses pembakaan baru untuk main tahun depan, baka yang di upgrade untuk dapat bersaing dengan ayam di luar yang semakin berbisa. Nak set up ayam pukul bodi dan punyai pukulan kuat, deras dan buah patah. 

Sehubungan dengan itu saya ingin mengambil kesempatan untgu mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN...kepada yang berminat untuk dapatkan baka2 batang kaki dari reban bakabaek...dipersilakan, datang dan pilih sendiri

PENGHUNI TERKINI DI REBAN BAKA BAEK

Hijau Sitam ini merupakan anak Ibu Sitam ( Pama + ganoi+thai) dan Bapak Sisik Burok. Umur 8 bulan, berat dalam 2.8kg. Bapak muda ini disimpan untuk melihat prestasi belah ibu. Kali pertama adu, boleh tahan pukulan kaki berat, pukul body, jalan boleh tahan. yang penting buah patah tetap ada.

Jalak baka bapak jalak lama tapi saya masih simpan 2 ekor untuk pembakaan tahun depan. Jalak ni dah 3 x menang dan 1 x seri. Kira okaylah prestasi baik. umor dalam 1 tahun 8 bulan, berat 2.9kg. Ayam sepak ,serong patah dan jalan baik. sekarang dalam proses pemulihan sbb kurang sihat dalam cuaca panas terik sekarang ni. Bapak kepada jalak ni adalah bapak kelabu dogol yang menang 2 x kat bong besar Ibok kemaman

Ara Ecer ni jugak anak kepada ibu sitam dan bapak sisik burok. Ecer lebih cenderong ke titih bapak sisik burok yang menang 4x dulu. Baru adu sekali umor dalam 9 bulan, berat 2.9kg. Pukulan kaki berat dan pukul bodi, jalan pun boleh tahan dgn lawan susah nak pukul kepala dia. Tengoklah lepas 3 kali adu baru tahu prestasi


Bapak Kelabu  11 bulan, berat 2.9 kg ini merupakan baka import dari terengganu. Saya beli sebab baka kelabu ni belum kalah lagi dan susah untuk dibeli daripada tuannya. Selepas adu 3 kali Kelabu ni dalam persiapan utk ke bong lepas raya ni.


Anak Muda hijau ni umor dalam 5 bulan, berat 3kg. Kaki deras, kuat, pukul body seperti bapaknya yang dah 3x menang. Hijau ni asal dari kerteh dan diberi oleh member kamcing, Tukar dengar ibu kandang bauk saya. Sayangg tuh. Tapi puas hati.

Bapak Kelabu Sengat ni umor dalam 6 bulan, berat 2.4kg. Belum tunjuk prestasi lagi, tapi kemungkinan besar boleh sama dengan abangnya yang dah dibeli oleh sahabat dari Klang.

Hijau Sitam ini antara pelapis untuk tahun depan. Anak kepada Ibu Sitam dan Sitam Oren 2x. Kalau ikut baka Sitam Oren, titih ni sepak karen dan pukul bodi

Ini pun antara pelapis. Anak kepada ibu sitam dan bapak Sitam Oren. Semuanaya ada dalam 6 ekor jantan dan 6 betina yang disimpan untuk main tahun depan. baka ni puas hati sbb sitam oren menang 2x semua dgn lawan lebih besar dari dia.

Bapak muda oren ini merupakan anak kepada Bapak Sisik Burok dan Ibu Pondan, belum lawan gu lagi, umor dalam 7 bulan dan berat 2.7kg. Abg oren ni telah di adu sekali, nampaknya kaki pukul padu, banyak serong dan ada lock

Untuk main akhir tahun ni.

Foto Ara Ecer


Ara Merah ni antara anak kepada Ibu Pondan dan bapak sisik burok. Masih belum diuji lagi. Yang ni simpan untuk main akhir tahun ni. Tengok dia bersimbung dengan ibu kandang baru ni, boleh tahan kaki deras

Bapak Ara Merah anak kepada ibu kandang kuning Thai dan Bapak Jalak Pama 5x . Tinggal 2 ekor je baka ni sbb org dah sebat awal tahun baru nih.

BERKONGSI SENYUMAN DI BULAN RAMADHAN