Halaman

28 Disember, 2012

PENGHUNI REBAN YG DISIMPAN

Bauk Hijau umor dalam 13 bulan, sudah diadu 2 kali tapi belum bersedia ke arena, mungkin awal tahun. Wait n see

Jalak 3x wins, puas pujuk untuk belian akhirnya otai Lie Pasir Puteh lepaskan ari ni 28 Dis 2012

Baru nak bersalin bulu pertama, boleh dijadikan baka dan boleh juga di sabung

Tuah ayam nampak dikaki

26 Disember, 2012

ANTARA INDUK A1 KAT REBAN : TATAPAN SAHAJA


INDUK TERBAIK YG ADA: HIJAU TOUN: NO 1


IBU PAKOYCROSS: INDUK HARAPAN TAHUN 2013: NO.2A


MAGON ORI: INDUK HARAPAN TAHUN 2013: NO 2B

16 Disember, 2012

SALAM AKHIR TAHUN 2012

Salam hormat kepada kengkawan yang telah melayari blog  saya. Yang belum lagi mengenali atau yang baru mengenali reban bakabaek, saya ucapkan terima kasih atas sokongan anda semua. Saya juga peminat ayam sabung, selain menurunkan baka2 terpilih, saya juga uji anak2 yang telah dibuat di bong2 terdekat . kadang2 tak boleh syok sendiri, kita kena uji baka reban kita. Sebab itulah saya seringkali upgrade baka kat reban. Malu jugaklah kalu rebah tersungkur kat bong, kalau melawan sampai jatuh rebah tak kisahlah, tapi kalau ada yang lari menjerit..aduuuuuuh malu boh. So, ada diantara penghuni bakabaek untuk dilepaskan kerana dah melebihi reban yang ada sekarang ni..jadi kepada yang berminat cepat datang, pilih dan bawak balik. Call 0199197679

BAKA ARA KUNING DAN SISIK BUROK YG SUDAH DIUJI

Hijau Muda anak Ibu Sitam pama pakoy dgn bapak Ara Kuning yang ada di reban, bakabaek.  2 Ekor abgnya telah duji dan punyai potensi seperti bapaknya Ara Kuning dengan pukulan patah dan deras. Kalau kengkawan yang nakkan baka untuk main dan buat bapak, boleh dapatkan Hijau ni.

Ibu Kandang Kunig ni anak kepada ibu Pondan Puteh dan bapak Sisik Burok yang punyai rekod baik sepanjang 4 tahun berada di reban Bakabaek. Banyak juga titih ni yang menang dalam sabungan dan juga banyak beerpindah tangan ke Mersing dan Kluang Johor. Ibu ni punyai pukulan patah dan degil macam ibunya Pondan Puteh. Kepada kawan2 yang baru nak stat bela ayam sabung, boleh dapatkan baka ni, baka molek dan tak mahal.

Anak Muda 3 bulan ni saja jer enterframe, sebab tengok dia berlaga sesama sendiri, dengan sepakan deras dan  kuat, rasanya boleh disimpan. Best jugak tengok anak2 muda begini spar sesama diorang. Tapi tak taulah macamana bila dah besar kadang2 tak semua menjadi.

Betina Sitam ni anak Ibu Sitam Pama pakoy dengan Bapak Ara kuning. Semuanya ada 4 beradik dan sekor telah disunting oleh kawan dari Pasir mas Kelantan. Ni antara anak2 terbaik yang dibuat dr reban bakabaek. Punyai pukulan deras dan sepakan kuat macam ibunya. Sesapa yang sedang mencari betina untuk dibuat baka, boleh dapatkan segera sebab baka ni hanya 2 ekor untuk dilepaskan.


Bapak Harimau Malaya. Bapak HM ni sedang di buat baka dengan baka sitam belalang dan akan dijadikan pembaka utama tahun 2013. 5x menang dan baka ni datangnya dari Tuan JJ Rompin, susah payah nak dapat baka ni tapi akhirnya menjadi milik saya. Kalau ada rezki reban bakabaek akan dihiasi anak2 HM dengan ibu sitam belalang.

Ibu Karah ni adik beradik dengan ibu kandang kuning anak kepada Ibu Pondan dan Bapak sisik burok. 2 kali turunkan anak dan reban bakabaek sekarang ni punyai hampir 50 ekor oenghuni dan saya nak kurangkan kepada 20 ekor saja, kepada kengkawan yang berminat datang pilih segera kalau berkenan. jangan bimbang..anda datang pilih sendiri. Tapi yang saya simpan tak boleh lah heeeeee

Saja eksyen, baru 3 bulan. masih belum tau potensinya tapin rasa2nya boleh  buat main tahun 2013. Tunjuk jer yang ni,

Magon saya ambik dari kawan dari Rompin, baru 7 bulan. 

Tak berani ker RM300 untuk betina anak kepada ibu Pondan puteh ni,  Ada 4 ekor seumor dengan yang untuk dilepaskan kepada yang berminat. Darah baik dan keturunan belan jantan dah banyak ke arena.

Haaaaa...ni juga beradik kuning atas nih RM300 saja untuk anak  muda nih, simpan untuk buat baka sangat molek, jangan bimbang kawan2, ibunya saya masih simpan sampai sekarang kecualu ibukandang sitam pamapakoy yang dah mati semasa mengeram 2 bulan lepas, Mujur anak2 dia yang betina ada 4 ekor lagi...

Ibu Sitam ni antara anak Ibu Sitam PamaPakoy yang mati semasa mengeram, 2 ekor untuk dilepaskan kepada sesapa yang berminat. Perut baik, pukulan cantik, padu dan deras macam ibunya juga ...RM600 sekor untuk baka ni..insyaallah puas hati tuan2. Saya beli betina kat rumah orang pun harga 1k keatas..bapak mahalnya

Sekor lagi beradik kepada anak2 Ibu Sitam Pamapakoy yang mati semasa mengeram.kalau datang cepat boleh pilih, molek untuk dibuat baka .

Antara simpanan yang terbaik di reban bakabaek. darah baik dan degil kalau sabung sesama betina. Garang sket dengan budak2 tapi pandai bawak anak. RM600, takkan tak berani ibu macam ni....ada 4 ekor untuk dilepaskan segera, sapa cepat dia boleh pilih yang mana berkenan.

Beradik jantan kepada ibu bauk ni sedang dalam basuhan untuk ke arena. Mungkin minggu depan dah siap kot sbb  Tukang Basuh dah maklum tadi (16 Dis ) ayang sedang cuci. Bauk ni baka pukul bodi teganu, bapak dia menang 3x . Ibu ni besar dan berat dalam 2.8kg, dengan paluan deras dan padu, yang penting baka ni memang molek untuk sesapa yang suka ayam batang kaki pure Teganu. kemah keming

Takkan tak nak ada ibu macam ni kat reban. kalau nak sila datang kat reban bakabaek dan tengok sendiri . Ibu  Langsat ni memang cantik, tapi saya dah ada anak2 dia. RM 600 untuk dilepaskan kepada kengkawan yang nak ibu batang kaki baik..Ibu langsat ni anak kepada Ibu Pondan Puteh dengan Bapak Sisi Burok ( Beradik jantan ibu ni sedang sabung di Bong Pantai Sepat ari ni 6 Dis 2012). Kejap lagi saya folowwww

Ara Merah ni telah mengalahkan ara teganu yang telah menang 6x. Member sekampung sebenarnya. Tak sangka kaki baik dengan pukulan patah dan serong. Ara Merah ni anak kepada Bapak jalak Pama 5x dengan Ibu Kuning Thai. Jalak Pama telah berpindah ke Pasir Puteh 2 tahun yang lepas. Ara Merah ni baru nak menuh bulu baru. Kalau nak saya boleh lepaskan RM700

Magon 7 bulan....enterframe jer....import ni, saja jer ambik barang orang. kena test jugak baka2 baru kan. Canteeek ni

Bapak Muda 11 bulan, sudah 2 kali di adu dengan pukulan patah dan deras. Ayam dalam 3.1 kg merupakan anak kepada ibu Pondan Puteh dan Bapak Ara Kuning. Kalau berminat boleh try bapak ni sbb batang kaki baik dan boleh untuk sukan dan gabus..RM400 saja. 


Ayam siap cuci. Kuning sengat ni dah 2 kali bawak ke bong tapi belum ada gu lagi. Kaki baik, pukulan sangat deras, laju,, kilas dan tembak baik. Ayam rajin. 4 kali adu dengan gu besar sokmo. yang ni kalau ambik, terus boleh bawak ke bong. saiz dalam 2.7 kg saja. Kuning Sengat kalau dapat memang puas hati, boleh bersaing lah baka dia ni. Anak kepada Bapak Ara Kuning. RM650

Ayam siap cuci tapi masih tunggu giliran untuk dibawak ke bong. Ara Coklat ni adik beradi se mak se bapak dgn  Kuning Sengat. Mainan dan jalan hampir sama. Kuning Sengat laju dan rajin tapi Ara Coklat pukulan deras patah tapi slow sket kerajinannya. Biasalah, tak semua anak2 perangai sama bohhh...RM650

Ni Sitam Belalang saya maksudkan yang betinanya sedang di perturunkan dengan Bapak Harimau Malaya. Sitam belalang ni dah siap dan dah menang pun malam tadi ( 15 Dis 2012) main malam stat jam 9 Malam, menang tak sempat 1 air. Sitam  Belalang ni akan dipersiakan untuk ke arena bagi kali ke 2.

Tak berani ke bayar RM500? ayam rajin, pukul patah, serong patah sangat baik. Baru test kat bong minggu lepas. kalau tak nak sabung, buat baka pon ok tapi ayam masih muda dlm 13 bulan umornya, Boleh proses dan main lagi.

Anak Muda Nisan Hangus ni bukan untuk dijual tapi saja2 jer enterframe..kalau nak adik dia boleh lah.  adik beradik dia adalah hijau yang atas sekali tu, anak kepada Ibu Sitam pamapakoy dgn Bapak Ara Kuning

Jalak Kurik ni dah 5 kali adu tapi belum jumpa gu lagi kat bong, mungkin kecik  sangat kot, dalam 2.6 kg. Susah jugak kalau lawan gu tinggi, berat belah kita, jadi sekarang jalak kurik ni lepas begitu saja kat rumah. kalau kengkawan ada gu, saya boleh lepas jalak kurik ni...RM450

Kumbang Lilin ni beradik dengan Kuning Sengat, cuma ayam ni belum lg diproses sbb sekarang dah 4 ekor sedang dicuci. Jadi mungkin awal tahunlah giliran Kumbang Lilin ni. Kaki berat dengan pukulan deras dan padu, serong patah seperti Kuning sengat.....RM500

Betinani anak Sitam Pama tengah galak. Betina mcm ni boleh buat baka sbb perut baik dan darah degil..RM400, kalau berkenan datang temgok,pilih dan bawak balik

Harimau Malaya Jr telah berpindah ke Rompin 3 ari lalu....tiada lagi  memeperlihatkan pukulan sentap patah dan serong patah.......sold out